Pages

Jumaat, 25 April 2014

Tempahan jahitan untuk musim-musim perayaan, majlis-majlis rasmi atau kenduri dan untuk kegunaan harian..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog rishhana2u

maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog...


Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberiku peluang untuk bernafas dan meneruskan kelangsungan hidup yg penuh cabaran dan dugaan...setelah sekian lama hilang dan menyepi dari laman sendiri,

ni nak buat pengumuman kepada semua yg berada disekitar kuala lumpur, pada yg masih tercari2 kat mana nak menempah baju boleh la menghubungi saya atau whatsapp, atau sms atau call terus jer pun boleh...tempahan masih lagi dibuka sehingga tarikh yg akan diumumkan nanti..( kuota tempahan masih banyak lagi).


saya menerima tempahan jahitan seperti baju kurung, kurung moden, kebaya, baju fesyen(mengikut citarasa pelanggan), blouse, Jubah A Line, Princess Cut, Gaun kanak2 muslimah, Baju Melayu dewasa dan kanak-kanak..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi 011-27053629.(whatsapp,sms,Call)









Isnin, 10 Jun 2013


Dalam proses membuat baju kanak-kanak ready made.......

tunggu..... kemunculannnn Rishhana KiDz GaUn Collections..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Tanam Uri Anak @ Temuni

Salam semua.. Alhamdulillah pada 08/09/2011 wife saya selamat melahirkan bayi perempuan yang comel di Hospital Umum Sarawak.
selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga akhirnya kami dapat menimang cahaya mata.

So disini saya nak ceritakan tentang anak saya. kali pertama wife saya lihat anak saya rasa teruja sangat dia. lepas tu wife buat pemeriksaan kat kepala anak saya nak lihat umbun umbun anak... terkejut juga wife coz anak saya kepala dah keras dan tiada umbun-umbun. so ini adalah perkara yang baik kerana anak saya tidak mudah untuk dapat penyakit kembung. hari kedua anak dah buka mata cuma tak luas ler sebab silau tengok ceiling hospital yang dilimpahi cahaya lampu kalimantang.
Alhamdulillah anak tak menangis tak tentu pasal. kecuali ketika dia buang air besar atau air kecil mungkin sebab dia tak selesa dengan keadaan pampers yang lembap dan mungkin juga dia tidak suka dalam keadaan najis @ tidak suci.
dan akan merengek juga jika nak susu. So far itu je lah yang saya alami.
today anak saya dah genap sebulan.
tapi Alhamdulillah hari ke-6 @ hari ke-7 leher anak saya dah keras.
dia dah suka tidur mengiring dan suka dipeluk dalam keadaan kepala dia di bahu.
anak saya nie jenis tak suka tidur dalam katil yang berasingan.
dia akan nyenyak tidur jika saya atau wife ada disebelah dia.. Alhamdulillah.

Panjang sangat berceloteh. tapi ini saya ceritakan kerana inilah pengalaman saya apabila saya dah didik anak dari kandungan dan melakukan tahnik sendiri pada anak. lihat posting saya sebelum ini untuk cara tahnik anak. Tak ramai orang Islam buat perkara ini, tapi tak perlu blame diri sendiri kerana kalau kita tidak tahu adalah tidak menjadi salah pada kita, melainkan kita tahu tapi kita tak buat....

Tanam uri ni adalah sangat penting ,
perlu kita titik beratkan apa itu uri.
Uri @ Tembuni adalah teman anak kita ketika anak itu berada dalam rahim si Ibu. Maka soal keselamatan, makan , minum , kesihatan semua dipantau oleh Uri tersebut.
Maka apabila kita tanam uri, Tanamlah dengan penuh rasa hormat dan rasa kasih sayang.
Tembuni ini adalah benda hidup dan mempunyai roh. selayaknya kita menghormati penjaga anak kita di alam kandungan.

Basuhlah Uri tersebut bersih bersih dan jangan basuh dengan kasar, basuhlah dengan penuh kasih sayang.
selepas itu letak atas kain putih ke, kain batik ke atau kain apa sahaja .
lepas tu letak lah garam , asam keping dan curah sedikit cuka masak.
tujuannya adalah nak hilangkan bau darah pada tembuni tersebut dan apabila bau darah nie hilang atau kurang ianya dapat mengurangkan perhatian atau hiduan anjing atau binatang yang suka mengorek pada sesuatu yang berbau.
contohnya orang dahulu diorang pasang pelita atau lilin untuk elak dari anjing korek kawasan yang ditanam uri tu.
tapi orang sekarang ingat bila letak lilin tu nak kasi uri kat bawah tanah tu berada dalam keadaan terang.
mana boleh terang selagi ada benda menghalang pencahayaan , cahaya tidak dapat masuk.
tapi kepercayaan seseorang tu boleh buat syirik dan tahyul, Wallahhualam.

jangan tanam uri terlampau dalam sangat , ikutlah hati sendiri nak dalam mana tapi jangan terlampau dalam tanam uri.

jangan padatkan tanah yang dikambus ke liang tempat kita tanam uri.
sebab takut anak sesak .
uri dan anak nie ada talian. 9 bulan dia jaga anak kita. talian tu masih utuh. so hati hati ketika tanam , jangan henyak tanah nak kasi padat tempat kita tanam uri tu.. nanti tersedak anak.

lebih elok tanam uri depan rumah , dan jangan tanam uri di belakang rumah.
elok tanam uri di waktu siang lepas subuh jangan tanam di waktu malam.

masa basuh dan tanam uri banyakkan berzikir dan cakap lah perkara yang baik baik pada uri tu.
sebab uri ni punya roh , so bila kita cakap uri akan dengar. tapi kalau kita dengar dia balas percakapan kita takut pengsan pula kita .. hehehehehehehe

cakap le dengan uri , minta tolong dia jaga anak kita di dunia nie macam mana dia jaga anak kita di dalam kandungan........
masa tanam tu. tahlil lah sedikit kat uri tu... baca fatihah ker. ikut le nak baca apa yg penting kita buat semata mata kerana Allah.....

Yang penting sebelum basuh dan tanam Uri.... Mohon perlindungan dari Allah buat diri kita sendiri, isteri, anak dan uri.......

last tips...

Kalau tali pusat anak terlepas dari pusat anak tu..
simpanlah tali pusat tersebut...
ada rezeki jumpa orang bijak pandai.. InsyaAllah diorang akan ceritakan rahsia di sebalik tali pusat tersebut.....Hanya Allah Maha Mengetahui segalanya.......


Selamat mencuba.......
Ilmu Allah tu Maha Luas.. Akan diberikan OlehNya pada sesiapa yang DIA berkehendak.....Wallahhualam

Isnin, 1 Ogos 2011

Sambut Kelahiran Bayi - Tahnik Anak dalam ISLAM

Menyambut Kelahiran Bayi
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digaris pandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' R.A. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah R.A." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".


Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : (baca bismillah) "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.


Selepas membaca Doa .
Lafaz serah nama
Contoh : (baca bismillah) Abah serahkan Nama Hafiz bin Luqman kepada kau. Dan abah nak kau jadi manusia yg berguna dan bermanafaat pada setiap makhluk Allah(jgn sebut dunia dan akhirat jika menggunakan perkataan manafaat kerana yg dapat memberi syafaat hanya Rasulullah S.A.W sahaja di akhirat kelak.so just sebut tu jer). dalam masa yg sama bagitahu lah kat anak tu apa maksud nama yg kita beri kat dia.


Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya". Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "(baca bismillah) Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ......(sebut nama anak)....

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih


Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita". Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Tanam Uri.
Ketika membasuh uri adalah lebih baik berserta zikir dan memuji Allah S.W.T. dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.
Ketika hendak tanam uri.
Lafazkan : (baca bismillah) Jagalah anak aku di didunia ini seperti mana kau menjaga anak aku didalam kandungan isteriku. Semuanya semata-mata kerana Allah S.W.T. didunia dan diAkhirat.
( tapi iktikad kita mesti pada Allah S.W.T. ketika lafaz tersebut , kerana uri itu dapat bantu anak kita dengan izin Allah S.W.T. juga.)
Ingatlah Uri itu makhluk Allah S.W.T. juga , maka ianya tetap ada roh. Setiap yang hidup ada roh. Semuanya ini adalah rahsia Allah S.W.T. kita hanya bertawakal kepadaNya.


Untuk Tahnik dan Bercukur serta Memberi nama pada Anak rujuk link nie.

http://epondok.wordpress.com/2009/07/09/tahnik-bercukur-bayi-yang-baru-lahir/

http://epondok.wordpress.com/2011/06/30/5-adab-kaedah-sambut-kelahiran-bayi-dalam-islam/


Isnin, 26 Julai 2010

Alhamdulillah

Syukur aku kepada Tuhan Sekelian Alam yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah ..

Hari-hari ada saja tempahan yang diterima, tapi aku kena pastikan customer tak kecewa.
yang penting dalam bidang jahitan nie kita kena jujur...kalau kita tak leh siap tempahan tu pada tarikh yg dijanjikan ...kita wajib bagitahu kat customer kita...

ingatlah kawan kawan ku tukang jahit di luar sana.JANJI itu harus ditunaikan.Islam mengajar kita menunaikan janji.Jika tidak mampu menunaikan janji jangan kita berkata-kata manis pada customer kita.

So far aku masih mampu nak ambil tempahan lagi. Al-maklumlah dah ada mesin jahit industri yang Diizinkan dan Diredhai Allah untuk aku miliki..

Fuh..rezeki mencurah-curah.. dengan tempahan minyak wangi dan kek lapis...
tapi aku ada juga trade forex untuk side income aku juga..but now forex nie aku main intraday coz aku takda masa nak menghadap computer lama-lama....maklumlah nak siapkan tempahan dari customer...

aku juga buat part time land surveyor..Alhamdulillah ada le dua tiga project yg lepas..tapi aku part time jer ikut member..dia je le dapat ribu ribu..aku dapat ratus ratus jer..hehehehe ,,, tapi ok what..kerana Allah memberi yg terbaik buat hambaNya yang berusaha...

Ramadhan dah nak menjengah kita...jangan duk sibuk kata banyak banyakkan ibadat pada bulan Ramadhan jer..walhal sepanjang ada nafas kita nie kita perlu banyakkan ibadat..jangan nak tunggu Ramadhan je ler....

ingatlah SENAFAS pun kita tak mampu bayar kat Allah..so tunaikanlah tanggungjawab sebagai hambaNya...

sekian kisah dongeng dari aku yang cun....hahahhaha

Khamis, 15 Julai 2010

ADUHAIIIII

Actually aku tengah surf tentang tapak tapak untuk mesin jahit industri aku model singer 2591D200A..
actually untuk tapak tapak lain tu murah ler...
tapi aduhaiiiiii tapak untuk buat lubang butang nie pulak harga dia boleh tak keruan di buatnya hati aku nie..
aku ingat harga dia below RM 180.00 .. alahaiiiii meleset sangkaan aku..
harganya sekitar RM 395.00

nampak gayanya aku terpaksa ler pakai mesin jahit singer model 15180 untuk buat lubang butang..coz aku ada tapak lubang butang untuk model mesin jahit cam tu jer...

InsyaAllah ada rezeki aku beli le tapak lubang butang untuk mesin jahit industri aku nie.... lagipun ini kan satu pelaburan jangka panjang..

harap harap kengkawan boleh doakan buat aku le....
InsyaAllah

p:s - sesiapa yg ada tapak lubang butang mesin jahit industri tu..rasa rasa tak nak pakai lerr... baik korang sedekah kat aku...haha
hahhahahha